Monday, 30 September 2013

Skin Care Product Shaklee- NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?

Skin Care Product - NUTRIWHITE ATAU ENFUSELLE?

Ramai yg mula minat nak cuba skin care Shaklee..tp yg mane satu?Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yg betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit anda..

ketahui kedua-duanya dan kesesuaiannya dengan kulit anda:

1)SKIN CARE NUTRIWHITE - lebih sesuai utk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk sbb ianya berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan vitamin C yg tinggi tak sesuai utk kulit yg sensitif dan berjerawat teruk. Antara product2 Nutriwhite :

- Gentle Deep Foaming Cleanser :
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan

- Soothing Radiance Whitening Softner :
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

- Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 :
  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

- Daily Defence Whitening Essence :
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit

- Overnight Renewal Whitening Cream :
  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

- Gentle Action Makeup Remover :
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

- Spot Whitening Treatment :
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
  • Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus


2) SKIN CARE ENFUSELLES - Sesuai pd yg berumur 25 ke atas atau yang punya masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, 2 kategori product Enfuselles :

(i) Normal to Dry Skin :  sesuai utk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif..terdiri daripada :

1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2) Hydrating Toner :
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil
3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.

Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik
4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
  Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

(ii) Normal to Oily Skin - sesuai utk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif..Ianya terdiri daripada :

1) Purifying Cleansing Gel :
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.

  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner :
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.

  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus

Terbukti secara klinikal:

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.


sumber : Shaklee Malaysia


Berminat??? Hubungi saya di

Cik Nisa
SMS ke 013-9170184
Email : nisavita2u@gmail.com
www.facebook.com/hanieshanisahealthyshop

Saturday, 28 September 2013

Sebab-Sebab Mengapa Perlu Ambil Suplemen Tambahan...

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium. 
  13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Sebarang pertanyaan & tempahan, sila hubungi saya di :-

CIK NISA ( SID 952331)
SMS ke 013-9170184
EMAIL : nisavita2u@gmail.com
www.facebook.com/hanies.hanisa

Friday, 27 September 2013

Hilangkan Jeragat Dengan Petua Vitamin dan ESP Shaklee


Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis  kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan supplement vitamin yang kita makan setiap hari sebenarnya juga dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh dan bukan sekadar meningkatkan tahap kesihatan kita. Jadi apakah jenis-jenis vitamin yang dapat membantu menghilangkan jeragat ini?

Dengan supplement-supplement Shaklee anda dapat merasai kesan perubahan hilangkan jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, anda juga akan perasan tubuh anda semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

Untuk hilangkan jeragat anda pengambilan vitamin dan juga elemen lain yang diperlukan adalah:

1.  Vitamin C

2.  Vitamin E
3.  Protein
4   Air Putih

Vitamin C

Pengambilan vitamin C harian secukupnya dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan hilangkan jeragat. 

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:
1. Sustained Release Vita-C Plus - hot Product
2. Collagen Powder - hot product



Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.



Vitamin E

Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:

1. Vita-E Complex

2. GLA Complex





Protein
Protein juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:

ESP (Soy Protein Isolate Powder) - hot product (supplement wajib)



Kepentingan Air Putih
Air putih sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari supplement dan juga makan oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.



Jadi minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.


Supplement-supplement Shaklee juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan  berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Supplement yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. Sudah tentu anda inginkan kehidupan yang sihat, ceria dan gembira bersama orang tersayang bukan?.
berminat??? Hubungi saya untuk harga terbaik untuk anda!!
Cik Nisa ( SID 952331)
sms ke 013-9170184
Email : nisavita2u@gmail.com

60 SAAT TEKNIK BERKESAN KEMPISKAN PERUT TANPA SESI RAWATAN


Masa anak remaja perut kempis je..agak-agak buncit buat senaman kempiskan sikit, perbetulkan diet sikit, perut sudah kempis balik. Itu dulu!!!..Tapi Sekarang macamana nak kempiskan perut???

Sudah mati akal fikirkan cara kempiskan perut, anak baru seorang dua tetapi perut buncit macam umur dah separuh abad. Takkan nak biarkan aje..Kita pun teringin nak pakai baju ikut bentuk tubuh, Mesti la nak jaga mata suami, nak ikat suami tersayang. Suami pun dah jeling-jeling, siap ada yang sindir-sindir lagi. Waduh-waduh..pedih ni, pening ni..

Macam-macam sudah cuba, cara berdiet sudah betul, corak pemakanan dah jaga, senaman pun sudah semakin kerap, petua-petua kempiskan perut pun dah buat.Semua yang dibuat sudah betul ni..tapi perut tetap buncit, tiada tanda-tanda kempiskan perut.

Kenapa sukar nak kempiskan perut? Mahu tahu TEKNIK BERKESAN kempiskan perut?

Jadi baca lagi Entry ni sampai habis ^_^

Perut kita ni terdiri daripada otot dan selain menyimpan segala usus kecik dan besar serta rahim, lemak juga tersimpan dalam perut.  Jadi, selepas kelahiran, kebiasaannya otot-otot sudah mengembang dan ada di antara kita tidak dapat kempiskan perut walaupun sudah bertungku dan mengikuti cara berpantang dengan betul.

Jadi, ketahui..




TEKNIK KEMPISKAN PERUT DENGAN BERKESAN


sihatmacamyaya



Teknik Kempiskan Perut 60 Saat - Mudah dan Berkesan

Amalkan senaman kempiskan perut dengan mudah dan berkesan. Caranya kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap. Bila kerap buat senaman kempiskan perut ni, otot bahagian perut ni akan 'bekerja' dan otot yang seperti spring kendur akan menegang kembali dan otot perut kelihatan pejal.

Mudah sangat-sangatkan. Boleh guna teknik kempiskan perut ni sambil kita duduk depan komputer, sambil bawak kereta tersangkut plak ditengah 'jam' boleh buat senaman kempiskan perut. Sambil tengok wayang dengan suami boleh juga curi-curi buat senaman kempiskan perut. Orang lain tak nampak pun ^_^. 

Credit to: Norita Idris

Amalkan 60 SAAT KEMPISKAN PERUT dengan Tips Kempiskan Perut

1.  Ikuti diet pemakanan yang betul sesuai dengan keperluan usia anda
2.  Elakkan minum sambil berdiri
3.  Elakkan makan bersulam minum
4.  Minum sedikit demi sedikit iaitu 2-3 kali teguk untuk setiap helaan nafas.
5.  Ambil makanan rendah kalori
6.  Minum ESP - protein soya shaklee untuk membina otot yang mantap dan sihat
7.  Herblax  Shaklee untuk  - nyah toksik dalam perut


Mudah sangat nak buat teknik kempiskan perut. Cuma 60 saat setiap kali, dimana-mana pun boleh lakukan senaman kempiskan perut ni. Demi suami tercinta dan juga untuk keyakinan diri yang mantap jom usaha kempiskan perut anda. Diri kita adalah yang paling cantik di mata suami ^__^


Sebarang pertanyaaan mengenai produk Shaklee, Hubungi saya :-

Cik Nisa
SMS ke 013-9170184
Email: nisavita2u@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/hanies.hanisa

Anda layak mendapat konsultansi percuma sepanjang masa setelah pembelian di buat.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 26 September 2013

Penyakit Tekanan Darah Rendah


Penerangan Mengenai Penyakit Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Punca tekanan darah rendah tidak sentiasa jelas. Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

Kehamilan
Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
Ubat over-the-counter
Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
Kegagalan jantung
Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
Keletihan haba atau strok haba
Penyakit hati

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah


Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit Tekanan Darah Rendah :

Produk
Kuantiti
Kali
Catatan
Vitalea
2
2
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
B Complex
2
2
Mengurangkan stress,penghasilan tenaga
E.Soy Protein
2
3
Meningkatkan tenaga
Meal Shakes
2
3
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance Drink
1
3
Mengelakkan dr hidrasi
Ostematrix
4
2
Kalsium penting untuk mengawal selia tekanan darah




Ramai dikalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat.Jika anda mengalami tekanan darah rendah perlu melakukan perkara-perkara berikut:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alcohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur.




Sebarang pertanyaan menugenai produk, hubungi saya dan anda layak mendapat konsultansi percuma ( after sale service)

Cik Nisa ( SID 952331)
SMS 013-9170184
Email : nisavita2u@gmail.com
Blog : nisavita2u.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/hanies.hanisa



 

Wednesday, 25 September 2013

Testimoni Set Kecantikan Kulit Jerawat

Assalammualaikum semua...hari ni saya nak berkongsi cerita tentang set kecantikan kulit shaklee yang telah saya ambil untuk merawat muka saya yang berjerawat...

Untuk pengetahuan semua, sebelum ni muka saya langsung tiada masalah, tetapi setelah consume satu produk tempatan, kulit semakin banyak ditumbuhi jerawat. tidak dinafikan di awal pengambilan produk tersebut, saya mengalami kesan yang positif, tapi lama kelamaan, kulit menjadi semakin kusam, berminyak dan dipenuh jerawat...

Setelah mendapati kulit muka semakin teruk, saya telah menjalankan facial sebanyak 2 kali...tapi hasilnya masih sama,...kulit masih berminyak. Jerawat hanya hilang buat sementara dan timbul balik. Rase sedih sangat bila tengok keadaan muka mase tu...

Sehingga la suatu hari, terdetik kat hati nak cuba Shaklee. Saya jenis yang tak mudah terpengaruh dengan iklan2....Mula tengok2 testimoni kawan2 yang dah menggunakan produk shaklee. Semua menunjukkan kesan positif. Tapi hati masih belum yakin sepenuhnya. Pada suatu hari ditempat keje, jumpa seorang akak keje kat area pejabat jugak...duk la sembang2 dengan dia...tnye dia umur akak berapa sekarang??...pada perkiraan saya umur dia dalam lingkungan 27 @ 28 macam tu....last2 dia jawab umur 31 dah...tapi masih nampak muda. Saya pun bertanya lah akak tu ada amalkan apa2 ker?? bocor la rahsia dia cantik dan awek muda....tentu sekali produk Shaklee....

Wah, hati rase teruja sangat....pastu akak tu suggest saya ambil produk Shaklee sementara belum kahwin, sangat bagus katanya...Muda2 la nak jaga katanya...Saya pun bertambah yakin dengan Shaklee. teringat pulak sepupu juga ada mengambil produk ni...Mak sedara pun ambil...Jadi saya cakap kat diri apa salahnya aku cuba dulu, belum cuba belum tahu, x kenal maka x cinta, iye ke idok???hehe

Pastu bermula dengan pencarian,..sampai ternampak satu testimoni akak sorg ni kat satu post pengedar...


Dulu akak ni nampak tua kan,. Gambar sebelah kanan tu gambar sebelum kawin...yang gambar kiri tu dah kawin dah ada anak dah, tapi nampak macam anak dara, muda dan moist je kulit dia....

Saya pun mula email dekat K.Arni pengedar Shaklee...bertanya vitamin apa sesuai untuk kulit muka berjerawat...tu tujuan utama pencarian...K.Arni suggest saya ambil Alfalfa dan GLa...pastu tengok testimoni tu, tanya harga ESP...kemudian rase badan pun dah naik, cari ubat kurus jugak la....jadi permulaan saya telah consume 4 Jenis Vitamin Shaklee : Alfalfa, Lecithin, ESP & GLA....

22/8/2013....saya dah start makan seperti jadual yang diberi k.Arni...Hari kedua selepas guna vitamin ni, badan terasa ringan dan bangun  pagi rasa segar..dah x nagntuk macam dulu...suka dengan perubahan tu...tiap2 pagi pasti tilik muka tengok ada perubahan tak...1 minggu berlalu  badan rase semakin ringan..timbang berat, turun sekilo..hehe...suka jugak...muka belum nampak perubahan ketara....2 minggu berlalu, berat dah turun 2 kilo..kulit dah rasa cerah, lembut..jerawat dah hilang sikit2...3 minggu dan 4 minggu berlalu...ini dia hasil yang saya dapat.....:)






Alhamdulillah, kulit muka semakin cerah, jerawat semakin pulih, lingkaran hitam bawah mata pun dah hilang....nak pergi mana2 dah rasa yakin dengan diri...hanya pakai bedak nipis dan calit gincu sikit, dah boleh kuar pergi kerja...suka sangat dengan perubahan ni. Alhamdulillah syukur sangat dipertemu dengan Shaklee.

Dan untuk pengetahuan semua, perniagaan Shaklee Malaysia juga sangat menitik beratkan amalan rohani...bermakna kita bukan sahaja cantik luaran, tapi dalaman kita juga terisi dengan mengigati Tuhan Yang Satu.....

Berminat memiliki Set Kecantikan Anda, atau ingin membuat sebarang pertanyaan / tempaha, sila hubungi saya di;-

Cik Nisa ( SID 952331)
SMS 013-9170184
Email : nisavita2u@gmail.com
PM di www.facebook.com/hanies.hanisa @ boleh like fanpage facebook di www.facebook.com/hanieshanisahealthyshop.

Sempena meraikan kejayaan saya dengan set Ini, saya ingin menawarkan Harga Runtuh Untuk ANDA dan setiap pembelian akan mendapat hadiah misteri....Grab it NOW!!!