Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu
sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali
di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian.
Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda
sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu
seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di
tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti
sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah
semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain
seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau
‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang
target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda
terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda
dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja
jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori
makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk
hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara
ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap
hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih
rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda
juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan
jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme
seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda
ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang
mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa
makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang
mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang
snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori
snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan
mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa
kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan
nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau
semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap
makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil.
Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi
jika anda perlu makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih
pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt
rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok
‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda
terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu
menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up
pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti
akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya
melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan
anda.
Selamat mencuba! ;)
Perkongsian : Kevin Zahri
No comments:
Post a Comment