Nasi Lemak
Memang tiada kolesterol. Kenapa pulak? Bukankah ia berlemak tinggi dari santan? Betul. Memang tinggi dalam kandungan lemak tetapi tinggi lemak bukan bermakna ia tinggi kolesterol.
Tapi ingat: Lemak dalam nasi
lemak adalah tinggi dengan saturated fat (atau lemak tepu) yang boleh
meningkatkan kolesterol badan tapi nasi lemak sendiri tidak mengandungi
kolesterol.
Durian
Sama seperti nasi lemak, buah durian tidak mengandungi kolesterol. Ya, durian ada lemak tapi ia lemak tidak tepu (unsaturated fat). Durian juga kaya dengan serat (dan fiber). Boleh je makan kalau tidak berlebihan (macam buah lain juga).Rendang Daging
Rendang daging berkolesterol tapi sekali lagi, bukan dari santan. Kolesterol dalam rendang datang daripada daging lembu.…cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain mengandungi kolesterol. Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol…Jadi, apa beza lemak dan kolestrol?
- Kolesterol adalah sejenis lemak tapi bukan setiap lemak mengandungi kolesterol.
- Cuma sumber haiwan (termasuk hasil tenusu sepertu butter, telur dan lain-lain) mengandungi kolesterol.
- Tumbuhan dan buah-buahan tidak mengandungi kolesterol.
- Kolesterol bukan sahaja dimakan tapi juga dihasilkan dari dalaman (di hati). Oleh kerana itu sesetengah orang mempunyai masalah kolesterol disebabkan keturunan (genetik).
- Sesetengah lemak seperti lemak tepu (saturated fat seperti santan nasi lemak) tidak mengandungi kolesterol sendiri tapi boleh menaikkan kolesterol badan (interally)
- Tiada ubat, senaman, fiber dan lain-lain dapat menjamin untuk kurangkan kolesterol tapi insyallah dengan gabungan kesemua itu anda dapat mengawalnya. Yang paling penting, bermulalah dengan kawalan berat badan dan kurangkan makan makanan berkolesterol tinggi seperti udang, sotong, dagng berlemak, full cream foods, organ, hati, limpa dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment